Aku duduk bersandar malas di dalam kamarku. Mataku yang lesu memandang keluar jendela. Langit yang pada suatu masa cerah dengan terikan matahari kini sudah bertukar warna. Dari kuning ke jingga. Sekarang kemerah-merahan. Kini langit kelihatan keungguan berserap cahaya dari tiang lampu jalanraya yang sudah menyala. Kenderaan mula sesak di persimpangan menuju ke taman-taman kediaman.
Pagi bertukar malam, hari berganti minggu, bulan bersilih tahun. Bertahan juga aku sampai hari ini.
Fikiran aku berkecamuk bagaikan gelora ombak menghentam pantai. Dengupan jantungku kuat dan cepat. Hatiku berlumba-lumba kesana-kemari tanpa arah hala. Benar ke? Haruskah aku terima dengan hati yang terbuka dan bukan terluka?
Aku luahkan apa yang terserat di dalam lubuk hatiku bukan kerana ragu, sangsi dan tidak pasti. Aku tanya kerana emosiku tidak menentu. Jahat bukan niatku. Aku lurus. Aku jujur. Hanya mulut aku yang terlanjur.
Maafkanlah aku sijantung hatiku.
6 comments:
First of all, impressive BM! Like, seriously.
Secondly, does he know?
Thirdly, don't forget to love yourself.
Apa pulak blog ni ditulis dalam Bahasa?...This make me recall the study time where I need to write karangan & pantun in Bahasa...powerful!
Tiada maaf bagimu. XD
Wow...1malaysia
Legolas...Thanks. I will take note.
Skyhawk...:)
William...U are so unforgiving..:)
Darren...Welcome to my blog.
Nicely written bm hehe
Post a Comment